Monday, 3 March 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Semalam dalam pukul 1.30tgh hari, kami sekeluarga pergi mengintai ke Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang sedang berlangsung mulai 26 Februari 2014 hingga 10 Mac 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Walaupun cuaca panas terik, tapi tempat jualan dan pameran semuanya selesa dan ada air-cond.

Pelbagai hasil kraftangan yang dipamerkan, ada sumber semula jadi seperti produk berasaskan mengkuang, makanan traditional, tekstil dan persembahan traditional. 


ruang berjalan sejuk dan selesa

tokey batik

pelancong pun ramai


Sambil jalan-jalan dapat juga tambah ilmu. Tv pendidikan yang disediakan menerangkan bagaimana sisa kumbahan batik dilaksanakan. Proses buat batik memerlukan air yang banyak. Jadi masalahnya di mana mereka hendak salurkan sisa kumbahan memproses batik yang mengandungi bahan pewarna dan kimia berbahaya?

Sebelum:
Sebelum perlaksanaan projek ini, sisa kumbahan batik disalurkan terus ke dalam sistem saliran tanpa melalui proses rawatan terlebih dahulu menyebabkan kawasan persekitaran tercemar dengan bahan buangan batik yang terdiri dari bahan pewarnaan, lilin dan natrium silikat. 

Selepas:
Melalui inovasi yang dijalankan, sisa kumbahan batik akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran. Secara amnya, proses rawatan air kumbahan batik melibatkan proses penapisan lilin, kawalan pH, pengudaraan dan penyingkiran warna. Melalui proses ini bahan tercemar yang terdapat dalam air kumbahan batik akan disingkirkan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran. 

proses kumbahan air batik, sebelum dan selepas

Antara hasil lukisan yang menarik







Barangan kraf
tempayan yang dilukis

kraf dari kaca

bantal dari batik
beg mengkuang

menarik blazer batik ni

kayu ukiran daun

pintu kayu rumah kampung

pintu gerbang kayu

pembahagi ruang


Berehat setelah penat berjalan


nucil dengan aiskrimnya



air penghilang dahaga

penuh satu kerusi ayil duduk

tuan punya blog & nucil

Pertandingan Bakat
Ayil pernah jadi naib juara Pertandingan Bakat HKK 2011. Dia di antara peserta termuda, 13 tahun. Masa tu tiada had umur penyertaan.
Ana Rafali, artis jemputan



tetiba pulak hubby nak masuk nyanyi... kita layan je.

Wednesday, 19 February 2014

IKEA Family Sale

Tak boleh jadi ni. SMS dapat sampai tiga empat kali. SALE! SALE! SALE! Nak cuti ke tidak??? Benda ni sehari je. Tapi kalau fikir pasal kerja, sampai bila pun tak habis. Okey IKEA, here I come.



Isi minyak, kita minum dulu
Rambang mata
Budak ni berkenan dengan karpet ni
Simple
Target akan datang, wing chair merah dengan karpet dam
Before RM399, after less RM199
Kalau bersih macam ni, sayang nak masak
Mau beli ini karpet merah Mujibur

Friday, 14 February 2014

Lirik Lagu Cakra Khan

Intro macam lagu Winter Sonata. Sedap pulak lagu ni. Sekali dengar macam nak suruh dia jolok tekak dia, macam ada benda sangkut. Tapi dua kali dengar suara dia memang unik. Suara mamat ni ada style tersendiri.


Setelah Kau Tiada

Tak sempat ku mengerti
Kau tunjukkan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Baru ku teringat kau hembuskan angin
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah aku hiraukan semuanya
Hingga kini pun kau tiada

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Biarkan ku hidup dalam penyelasalan ini
Sampai nanti kau akan kembali

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Yang tak kan mungkin pernah ada


Thursday, 13 February 2014

Siakap Goreng Sos Tiram


Dulu-dulu takut nak masak ikan besar
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
4 sudu sos tiram
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dimayang)
9 biji cili api (dimayang)
2 inci halia (dimayang)
1 biji timun (buang biji & potong memanjang)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1Ikan diperapkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
3Kurangkan minyak lebihan menggoreng tadi. Tumis bahan yang dimayang hingga naik baunya.
4Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan timun dan gaul sebati.
5Tuangkan kuah ke atas ikan.



Monday, 3 February 2014

Vanila Butter Kek

Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali cuba buat butter kek, tapi tak menjadi. Sampai hubby tanya "ni kuih ke kek?" Tak tau la mana silapnya. Kek tu dah jadi macam kuih bakar. Tapi lepas 4-5 kali eksperimen, alhamdulillah berjaya.

Disebabkan baru berjinak-jinak dengan dunia masakan, alat penimbang tak ada. Jadi sukat semua guna cawanlah. Apatah lagi mixer, lagi lah tak ada. Dapur pun guna dapur antik butterfly. Kiranya ini cara traditional macam orang lama. Masa buat kek.. tiba-tiba teringat pulak dekat arwah emak. Kalau emak buat kek, kami adik-beradik berkerumun dekat dapur. Tak ade pun pakai penimbang segala bagai. Main campak & agak-agak je, tapi sedap.

p/s: terima kasih kepada Yaya dan kak Hajar untuk resepi kalian. 

Bahan-bahan
1 cawan gula halus (blender)
1 cawan butter
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1½ cawan tepung kek (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)

Cara-cara
1Kacau gula halus dan butter sampai kembang dalam masa ½ jam.
Ayil & Nucil beradu tenaga tunjuk siapa lebih laju


2Masukkan telur satu persatu, kacau hingga rata. Selepas itu masukkan esen vanila, ratakan.




3Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau rata.



4Sapukan acuan dengan sedikit butter supaya tidak melekat dan lapikkan kertas. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
kalau tak ada kertas kek, buku sekolah pun boleh



5Bakar di dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga masak. Kalau guna oven butterfly, suhu lebih kurang 150-160'C (kena pandai mainkan apinya, kalau terlalu besar ditakuti hangus).
masa ni... harum baunya



6Sedia di hidang.
budak berdua tu dah bedal dulu, tak sempat nak isi dalam bekas

Monday, 16 December 2013

Rezeki Novembër

Rezeki bukan semestinya datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi pelbagai. Percubaan pertama yang membuahkan hasil. Orang kata kalau tak cuba kita tak tahu. Setelah puas dipujuk oleh big bos, kawan-kawan & especially anak-anak... Inilah hasilnya.


Seperkara lagi... setelah lima tahun, segala usaha dan penat lelah dalam mengharungi lautan ilmu selama ini berbalas.





with my BFF