Semalam dalam pukul 1.30tgh hari, kami sekeluarga pergi mengintai ke Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang sedang berlangsung mulai 26 Februari 2014 hingga 10 Mac 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Walaupun cuaca panas terik, tapi tempat jualan dan pameran semuanya selesa dan ada air-cond.
Pelbagai hasil kraftangan yang dipamerkan, ada sumber semula jadi seperti produk berasaskan mengkuang, makanan traditional, tekstil dan persembahan traditional.
|
ruang berjalan sejuk dan selesa |
|
tokey batik
|
|
pelancong pun ramai |
Sambil jalan-jalan dapat juga tambah ilmu. Tv pendidikan yang disediakan menerangkan bagaimana sisa kumbahan batik dilaksanakan. Proses buat batik memerlukan air yang banyak. Jadi masalahnya di mana mereka hendak salurkan sisa kumbahan memproses batik yang mengandungi bahan pewarna dan kimia berbahaya?
Sebelum:
Sebelum perlaksanaan projek ini, sisa kumbahan batik disalurkan terus ke dalam sistem saliran tanpa melalui proses rawatan terlebih dahulu menyebabkan kawasan persekitaran tercemar dengan bahan buangan batik yang terdiri dari bahan pewarnaan, lilin dan natrium silikat.
Selepas:
Melalui inovasi yang dijalankan, sisa kumbahan batik akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran. Secara amnya, proses rawatan air kumbahan batik melibatkan proses penapisan lilin, kawalan pH, pengudaraan dan penyingkiran warna. Melalui proses ini bahan tercemar yang terdapat dalam air kumbahan batik akan disingkirkan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran.
|
proses kumbahan air batik, sebelum dan selepas |
Antara hasil lukisan yang menarik
Barangan kraf
|
tempayan yang dilukis
|
|
kraf dari kaca
|
|
bantal dari batik |
|
beg mengkuang
|
|
menarik blazer batik ni
|
|
kayu ukiran daun
|
|
pintu kayu rumah kampung
|
|
pintu gerbang kayu
|
|
pembahagi ruang |
Berehat setelah penat berjalan
|
nucil dengan aiskrimnya
|
|
air penghilang dahaga |
|
penuh satu kerusi ayil duduk |
|
tuan punya blog & nucil
|
Pertandingan Bakat
Ayil pernah jadi naib juara Pertandingan Bakat HKK 2011. Dia di antara peserta termuda, 13 tahun. Masa tu tiada had umur penyertaan.
|
Ana Rafali, artis jemputan
|
|
tetiba pulak hubby nak masuk nyanyi... kita layan je.
|
No comments:
Post a Comment