Monday, 3 February 2014

Vanila Butter Kek

Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali cuba buat butter kek, tapi tak menjadi. Sampai hubby tanya "ni kuih ke kek?" Tak tau la mana silapnya. Kek tu dah jadi macam kuih bakar. Tapi lepas 4-5 kali eksperimen, alhamdulillah berjaya.

Disebabkan baru berjinak-jinak dengan dunia masakan, alat penimbang tak ada. Jadi sukat semua guna cawanlah. Apatah lagi mixer, lagi lah tak ada. Dapur pun guna dapur antik butterfly. Kiranya ini cara traditional macam orang lama. Masa buat kek.. tiba-tiba teringat pulak dekat arwah emak. Kalau emak buat kek, kami adik-beradik berkerumun dekat dapur. Tak ade pun pakai penimbang segala bagai. Main campak & agak-agak je, tapi sedap.

p/s: terima kasih kepada Yaya dan kak Hajar untuk resepi kalian. 

Bahan-bahan
1 cawan gula halus (blender)
1 cawan butter
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1½ cawan tepung kek (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)

Cara-cara
1Kacau gula halus dan butter sampai kembang dalam masa ½ jam.
Ayil & Nucil beradu tenaga tunjuk siapa lebih laju


2Masukkan telur satu persatu, kacau hingga rata. Selepas itu masukkan esen vanila, ratakan.




3Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau rata.



4Sapukan acuan dengan sedikit butter supaya tidak melekat dan lapikkan kertas. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
kalau tak ada kertas kek, buku sekolah pun boleh



5Bakar di dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga masak. Kalau guna oven butterfly, suhu lebih kurang 150-160'C (kena pandai mainkan apinya, kalau terlalu besar ditakuti hangus).
masa ni... harum baunya



6Sedia di hidang.
budak berdua tu dah bedal dulu, tak sempat nak isi dalam bekas

No comments:

Post a Comment