Bila dapat tahu ada ujibakat mentor, mula-mula terus terfikirkan Hazama. Yelah sebelum ni pernah jadi anak didik Hazama. Seandainyalah dapat... (wah dah berangan dulu dah Hahaha...) nanti orang kata dapat sebab pakai kronilah, orang dalamlah. Tu yang paling menyampah nak dengar. Padahal seorang makcik cleaner pun aku tak kenal dekat situ. Diaorang tak tahu sampai lemau satu badan tunggu giliran anak aku nak nyanyi. Bila dah bincang-bincang kami pun pilih Azlan.
Sampai sana lebih kurang pukul 10.00 pagi, orang dah berbaris panjang. Lepas dah daftar tu, tunggulah giliran sampai lebam. Ujibakat mentor milenia ni ujibakat yang paling mencabar yang aku pernah bawak. Ujibakat berakhir pukul 5.00 pagi.
"Kemas cepat ada orang nak datang buat penilaian EKSA". Bayangkan dimaklumkan petang Khamis, hari Isnin dah nak datang menilai. Mula-mula ingatkan apa ke bendanya EKSA ni. Mak Esah ke? Rupanya Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA ni lebih kurang sama dengan 5S tapi dijenamakan semula oleh MAMPU.
Masa proses mengemas dan gotong-royong, bos nasihatkan kami supaya mulakan mengemas di ruang kerja sendiri. Aku dan kawan-kawan ambil masa dalam sehari suntuk untuk bersihkan dekat ruang kerja sendiri dan kawasan sekitar. Al maklumlah kerja sini dah sedekad, macam-macam barang ada. Nota-nota, buku-buku rujukan lama. Itu belum kira barang peribadi lagi.
Ruang Sekitar Berdekatan
Sebelum kemas, kusmangat. Kiranya dekat belakang aku ni tempat bina badan. Barang makan jangan cakaplah, berbalang-balang. Dah macam kedai runcit. Banyak yang nak dikemas ni. Benda-benda yang tak perlu tu buang je. Mana yang boleh dikitar semula, lagi baik.
Sebelum
Barang peribadi di bawa balik ke rumah masing-masing. Kan dah terang sikit.
Selepas
Ruang Kerja
Sebelum kemas, ruang kerja aku ni memang berserabut dengan macam-macam barang yang tak sepatutnya. Air nescafe bungkus main gantung je dekat tengah almari tu. Konon senang, pusing kerusi boleh terus sedut. Kalau tak perasan, boleh tertumpah mandi air nescafe.
Sebelum
Selepas dah kemas ruang kerja sendiri, seronoknya. Nak cari barang pun senang. Sebaik-baiknya atas meja kerja jangan ada lebih dari lima barang supaya tak sesak nak buat kerja. Lima minit sebelum balik, amalkan buat housekeeping dekat tempat sendiri dulu.
Pak Uda Kitchen & Grill ni dekat kawasan rumah arwah mak aku je pun tempatnya. Ingat waktu masa muda-muda dulu selalu jogging area situ. Kawasan terbengkalai. Dulu semak-samun, lalang tinggi. Kalau kena nasib tak baik, ada orang tunjuk anu. Adik aku Asmah pernah cerita, zaman dia naik bas pergi kerja, ada orang tujuk anu bila lalu kawasan situ. Lintang pukang lari. Ishh... apa cerita pasal anu pulak ni.
Sekarang dah pesat membangun. Setiap kali lalu tempat ni memang penuh. Dengar cerita Pak Uda Kitchen & Grill ni pernah masuk program Jalan-Jalan Cari Makan awal tahun hari tu. Apa...? ingat kalau dah masuk program tu boleh percaya ke semua makanan yang dia orang makan tu sedap. Entah-entah dia orang tu auta. Berlakon je lebih. Bila makanan masuk mulut dan-dan mata terbeliak, sedap katanya. Takpe-takpe meh kita cuba.
Cuba tengok menu dia, semua nama artis mat saleh. Kalau siapa yang teringin makan western food, memang sesuai datang sini. Ada steak, lamb chop, chicken chop, spaghetti & macam-macam lagi. Harga dia boleh la tahan.
Ni geng orang muda. Ketua dia yang rambut blonde tu
Ni geng acik-acik kerajaan
Sedap budak Amanda landing
Dekorasi dalam kedai ni boleh tahan unik. Yang paling unik, pintu dapur dia. Glamour, macam artis diva nak pergi red carpet.
Sempat snap 2-3 gambar sebelum makan. Ha ni dia aku punya 'Bon Jovi Salmon Fish'. Konon nak diet, tak nak makan nasi. Dah macam meow-meow. Hmmm... boleh tahan sedapnya. Sempat cilok Nucil punya spaghetti, pun sedap.
Yuhuu... dah sampai
Nucil punya
Tak tau siapa punya
Nampak tu. Sebab hujan je dekat luar tu. Kalau tidak penuh dari luar sampai ke dalam. Okey. Dah habis makan jom balik.
Kalau ada sesiapa yang teringin, boleh singgah ke:
Sewaktu Nucil masuk salah satu program mencari bakat nyanyian tv, pernah salah seorang juri beri komen: "Sedap, sedap... Awak nyanyi sedap."Selepas peserta lain pulak selesai membuat persembahan, beliau komen: "Sedap... Awak nyanyi pun sedap."Cuba bayangkan, juri tersebut berpengalaman dalam industri muzik.
Sampaikan Ayil cakap, "Umi, kalau setakap cakap sedap, Ayil pun boleh jadi juri." Masa tu umur Ayil 13 tahun. Itu cerita lima tahun dulu.
Program Bijak Prasekolah Daerah Gombak
Pada 04 September 2015 di Pentas Selayang Mall, aku berpeluang duduk di kerusi juri bersama Masliza Abas, bukan gantikan Che Ta yang tarik diri dalam AF 2015 tu tau. Tapi juri bagi Program Bijak Prasekolah bagi Kemahiran Nyanyian Solo dan Kemahiran Muzik Perkusi dan Formasi.
Peserta nyanyian solo
Peserta nyanyian solo ada 22 orang dan peserta Muzik Perkusi dan Formasi ada 6 kumpulan. Ramai betul peserta yang berbakat. Rata-rata, adik-adik ni memang boleh menyanyi. Ramai yang berbakat. Pening jugak nak pilih. Dalam aspek sebutan, ada yang jelas dan ada juga yang pelat. Ada yang nyanyi tak ikut nada dan intonasi yang betul. Tempo ada yang bagus ada yang lari. Menyanyi macam membaca buku pun ada. Tapi budak pra sekolah, itu pun dah kira bagus la tu. Naik atas pentas nyanyi habis satu lagu pun dah okey. Nanti boleh belajar lagi.
Peserta nyanyian solo
Peserta nyanyian solo
Gambar dari Masliza facebook tag
Peserta reka cipta
Hasil penyertaan reka cipta
Juara kemahiran muzik perkusi dan formasi dari Prasekolah SK Taman Desa (2)
Juara nyanyian solo dari Prasekolah SK Sungai Buloh
Budak-budak macam selalu tak sabar nak pergi tengok perbarisan. Ayil punya la semangat, siap tidur awal. Tahun ni Asmah tak dapat ikut, 30hb Ogos dah bersalin. Jadi kami 3 orang je tahun ni. Pukul 7.15 pagi, naik lrt dekat Taman Melati. Fuhh... dalam lrt sesak macam sardin.
Seronok tengok ramai yang pakai baju bendera. Tua, muda bersemangat rasanya...
kacang panjang
lobak merah
kicap cap kipas udang
sos tiram
sedikit garam
Cara-cara
1 Isi ayam direbus dalam 7-8 minit dengan kuantiti air yang sederhana untuk dapatkan stok.
2 Tumis halia, bawang merah dan serai hingga garing dan berbau harum. Masukkan cili boh, kacau hingga wangi. Kemudian masukkan kicap dan garam secukup rasa.
3 Masukkan isi ayam yang telah direbus dan stok ayam ke dalam bahan yang ditumis, (kalau suka kuah pekat tambah dengan tepung jagung). Kacau dan biar selama 2 minit. Isi ayam boleh diganti dengan udang atau sotong.
Tengah sibuk. Tak sempat nak snap gambar
4 Masukkan daun limau, cili padi, kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah. Kalau tak ada, boleh diganti dengan sayur yang sesuai. Akhir sekali masukkan sos tiram. Kacau hingga sebati.