Monday 21 September 2015

Bukan Senang Duduk di Kerusi Juri

Sewaktu Nucil masuk salah satu program mencari bakat nyanyian tv, pernah salah seorang juri beri komen: "Sedap, sedap... Awak nyanyi sedap." Selepas peserta lain pulak selesai membuat persembahan, beliau komen: "Sedap... Awak nyanyi pun sedap." Cuba bayangkan, juri tersebut berpengalaman dalam industri muzik.

Sampaikan Ayil cakap, "Umi, kalau setakap cakap sedap, Ayil pun boleh jadi juri." Masa tu umur Ayil 13 tahun. Itu cerita lima tahun dulu.

Program Bijak Prasekolah Daerah Gombak

Pada 04 September 2015 di Pentas Selayang Mall, aku berpeluang duduk di kerusi juri bersama Masliza Abas, bukan gantikan Che Ta yang tarik diri dalam AF 2015 tu tau. Tapi juri bagi Program Bijak Prasekolah bagi Kemahiran Nyanyian Solo dan Kemahiran Muzik Perkusi dan Formasi.

Peserta nyanyian solo

Peserta nyanyian solo ada 22 orang dan peserta Muzik Perkusi dan Formasi ada 6 kumpulan. Ramai betul peserta yang berbakat. Rata-rata, adik-adik ni memang boleh menyanyi. Ramai yang berbakat. Pening jugak nak pilih. Dalam aspek sebutan, ada yang jelas dan ada juga yang pelat. Ada yang nyanyi tak ikut nada dan intonasi yang betul. Tempo ada yang bagus ada yang lari.  Menyanyi macam membaca buku pun ada. Tapi budak pra sekolah, itu pun dah kira bagus la tu. Naik atas pentas nyanyi habis satu lagu pun dah okey. Nanti boleh belajar lagi.

Peserta nyanyian solo

Peserta nyanyian solo

Gambar dari Masliza facebook tag

Peserta reka cipta

Hasil penyertaan reka cipta

Juara kemahiran muzik perkusi dan formasi dari Prasekolah SK Taman Desa (2)

Juara nyanyian solo dari Prasekolah SK Sungai Buloh

Pemenang reka cipta

2 comments:

  1. 1xbet Bonus Code - €10 Free Bets and €10 First Bet
    Get titanium density €10 free titanium flask bets, €10 first bet and €10 first titanium plumbing bet! 1xbet 먹튀 Get €10 first bet and €10 titanium white first bet. Register and start winning!

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this type of information it’s very helpful – please look this one also
    If you don't have enough time for yourself during the day or you find that deadlines always catch you off guard. These situations affect everyone who lives in harsh environments, but it is time to learn how to better manage your time. Download the 2023 Calendar Printable One Page and begin planning your daily routine to stay on track.

    ReplyDelete