Friday, 20 November 2015

5s EKSA

"Kemas cepat ada orang nak datang buat penilaian EKSA". Bayangkan dimaklumkan petang Khamis, hari Isnin dah nak datang menilai. Mula-mula ingatkan apa ke bendanya EKSA ni. Mak Esah ke? Rupanya Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA ni lebih kurang sama dengan 5S tapi dijenamakan semula oleh MAMPU.

Masa proses mengemas dan gotong-royong, bos nasihatkan kami supaya mulakan mengemas di ruang kerja sendiri. Aku dan kawan-kawan ambil masa dalam sehari suntuk untuk bersihkan dekat ruang kerja sendiri dan kawasan sekitar. Al maklumlah kerja sini dah sedekad, macam-macam barang ada. Nota-nota, buku-buku rujukan lama. Itu belum kira barang peribadi lagi. 


Ruang Sekitar Berdekatan

Sebelum kemas, kusmangat. Kiranya dekat belakang aku ni tempat bina badan. Barang makan jangan cakaplah, berbalang-balang. Dah macam kedai runcit. Banyak yang nak dikemas ni. Benda-benda yang tak perlu tu buang je. Mana yang boleh dikitar semula, lagi baik.

Sebelum


Barang peribadi di bawa balik ke rumah masing-masing. Kan dah terang sikit.

Selepas


Ruang Kerja

Sebelum kemas, ruang kerja aku ni memang berserabut dengan macam-macam barang yang tak sepatutnya. Air nescafe bungkus main gantung je dekat tengah almari tu. Konon senang, pusing kerusi boleh terus sedut. Kalau tak perasan, boleh tertumpah mandi air nescafe.

Sebelum

Selepas dah kemas ruang kerja sendiri, seronoknya. Nak cari barang pun senang. Sebaik-baiknya atas meja kerja jangan ada lebih dari lima barang supaya tak sesak nak buat kerja. Lima minit sebelum balik, amalkan buat housekeeping dekat tempat sendiri dulu.

Selepas

No comments:

Post a Comment