Tuesday, 25 August 2015
Wednesday, 5 August 2015
Padprik Ayam
Bahan-bahan
150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus)
1 batang serai (diketuk)
4 sudu besar cili boh
5 helai daun limau purut (disiat-siat)
6-7 biji cili padi (diketuk)
kubis bunga
kacang panjanglobak merah
kicap cap kipas udang
sos tiram
sedikit garam
Cara-cara
1 Isi ayam direbus dalam 7-8 minit dengan kuantiti air yang sederhana untuk dapatkan stok.
2 Tumis halia, bawang merah dan serai hingga garing dan berbau harum. Masukkan cili boh, kacau hingga wangi. Kemudian masukkan kicap dan garam secukup rasa.
3 Masukkan isi ayam yang telah direbus dan stok ayam ke dalam bahan yang ditumis, (kalau suka kuah pekat tambah dengan tepung jagung). Kacau dan biar selama 2 minit. Isi ayam boleh diganti dengan udang atau sotong.
![]() |
| Tengah sibuk. Tak sempat nak snap gambar |
4 Masukkan daun limau, cili padi, kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah. Kalau tak ada, boleh diganti dengan sayur yang sesuai. Akhir sekali masukkan sos tiram. Kacau hingga sebati.
![]() |
| Lobak merah terlupa beli. Belasah je apa yang ada |
Wednesday, 17 June 2015
Jessie J - Flashlight (From Pitch Perfect 2)
When tomorrow comes
I'll be on my own
Feeling frightened up
The things that I don't know
When tomorrow comes
Tomorrow comes
Tomorrow comes
And though the road is long
I look up to the sky
In the dark I found, I stop and I won't fly
And I sing along, I sing along, then I sing along
I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Can't stop my heart when you shinin' in my eyes
Can't lie, it's a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light, you're my flash light
I see the shadows long beneath the mountain top
I'm not the afraid when the rain won't stop
Cause you light the way
You light the way, you light the way
I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Can't stop my heart when you shinin' in my eyes
Can't lie, it's a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light, you're my flash light
I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Can't stop my heart when you shinin' in my eyes
Can't lie, it's a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin' me, gettin' me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light, you're my flash light
Saturday, 7 February 2015
Sam Smith - I'm Not The Only One
Masih lagi panas dengan lagu Stay With Me, lagu I'm Not The Only One meletop pulak. Bila dengar Sam Smith
nyanyi, terasa macam ada lelaki kulit hitam terperangkap dalam badan dia.
Fuhh... sedap & berlemak. Pada bulan Mei 2014, Sam Smith mendedahkan
kepada orang ramai bahawa dia adalah gay. Cuba tengok muzik video Leave Your Lover. Ingatkan kecewa kawan baik dia potong jalan, nyanyilah lagu tu untuk si perempuan. Rupanya 'leave your lover, leave him for
me.' Hmm...macam-macam.
Untuk lagu I'm Not The Only One, kagum betul dengan perempuan yang pandai sorok rasa kecewa dan sedia memaafkan. Rasa macam nak lempang lelaki tu laju-laju.
AWAS!! Kanak-kanak dilarang menonton video ini kerana mengandungi unsur-unsur dewasa.
You and me, we made a vow
For better or for worse
I can't believe you let me down
But the proof is in the way it hurts
For months on end I've had my doubts
Denying every tear
I wish this would be over now
But I know that I still need you here
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've
done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
You've been so unavailable
Now sadly I know why
Your heart is unobtainable
Even though Lord knows you kept mine
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've
done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I have loved you for many years
Maybe I am just not enough
You've made me realize my deepest fear
By lying and tearing us up
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've
done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
And I know...
I know I'm not the only one
Sunday, 1 February 2015
Merry Widow Waltz (Lehar) - Nuril & Rusil
Ini cerita dua minggu lepas. Claris Music buat YPCC Konsert dekat Kelana Jaya. Disuruh berlatih malas. Sudahnya main pun tersekat-sekat.
Thursday, 8 January 2015
Taman KLCC - Tasik Simfoni
Cuti hujung minggu lepas kami sekeluarga layan keindahan malam di Taman KLCC. Fulamak... air pancutannya berwarna warni, menari-nari mengikut rentak dan irama.
![]() |
| I love KL |
![]() |
| Fuyoo, ramainya |
Macam-macam gaya dan gelagat orang ramai dapat dilihat. Nampak tak dekat bawah ni sampai terbaring, terlentang, tertonggeng nak rakam gambar. Ada yang berselfie, wefie dan macam-macam lagi.
Dah pukul 11.30 malam, perut pun lapar. Terasa nak makan sup ekor dekat Jalan Doraisamy yang sedap tu. Bagi sesiapa yang teringin nak ke sini, Lokasinya di depan Wilayah Kompleks, belakang Syed Bistro. Sejak zaman 90-an dah makan dekat sini. Rasa dia tetap sama, sedap...
![]() |
| nasi lemak panas |
![]() |
| sup cicah roti |
Tuesday, 6 January 2015
Rasa Thai - The Curve
Cuti hujung minggu awal tahun baru ni hajat hati nak jalan-jalan dekat Ikea pekena meat ball. Punyalah sesak padat orang, mengemut-ngemut macam ulat. Eii terbantut terus. So cancel. Tukar fikiran dan kaki ni terus melencong ke The Curve.
| Di Ikea, huhu... |
Memandangkan dah tengah hari, maka perut pun berkeroncong. Pusing-pusing dengan budak dua orang tu nak cari tempat makan. Ayil sibuk nak cuba dekat Rasa Thai tapi si Nucil tak habis-habis dengan Mc'D. Esok-esoklah kita makan Mc'D ye.
Sementara menunggu makanan sampai, aku pun memulakan sesi mengambil gambar macam pelancong yang berada di negara Thailand. Sawadikap, kap kun kap...
| Cantiknya bunga orkid tu |
Nampak tak gambar gajah dekat belakang tu ?
| Senyum sikit Nucil |
Yea2 makanan dah sampai... Menu utama kita orang nasi goreng dekat bawah ni. Rasa dia memang sedap.
| Rasa Thai Fried Rice (RM10+) |
Pencuci mulut pulak kita orang order pulut mangga. Mangga dia memang fresh tapi pulut dia agak kering sikit. Tapi dia punya rojak buah memang terbaik. Bila sekali ngap dalam mulut, fuhh... terasa kenikmatannya.
| Pulut mangga (RM8+) |
| Rojak buah (RM8+) |
Seronoknye makan. Punah-ranahlah impian dan azam tahun baru aku nak berdiet
| Licin |
Perut dah kenyang baru ada tenaga nak berjalan-jalan. Pergilah tangkap beberapa barang dekat Daiso.
Ikan di dalam kolam macam menggamit-gamit untuk ke bawah. Suasana hijau cukup mendamaikan terasa seperti berada di tepi sungai di dalam hutan. Cewah...
| Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi |
Nikmati video di bawah
Dengarkan keindahan pancuran air melalui video di bawah.
Lepas dah tenang sikit baru pergi Ikano. Second round shopping.
Budak-budak ni terus melaram baju yang beli tadi. Memang murah betul. Cuba teka berapa hengget?
| Ayil seronok |
Pelik aku dengan dia orang ni. Memanjang lapar. Nak puaskan hati Nucil, petang tu makan jugaklah Mc'D. Kalau tidak nanti mulut moncong merajuk.
| Tengok, bahagia dia dapat cheese burger |
Sambil makan dengar kehebatan Yang I-deun bermain piano. Rasanya dia dari Korea. Yang bestnye boleh request lagu. Maaf video tidak disertakan sebab fokus pada aktiviti membina badan.
Sekian saja laporan saya untuk hari ini. (Macam wartawan tak?).
p/s: malamnya kami jalan-jalan di taman KLCC. Entri akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























