Tuesday, 6 January 2015

Rasa Thai - The Curve

Cuti hujung minggu awal tahun baru ni hajat hati nak jalan-jalan dekat Ikea pekena meat ball. Punyalah sesak padat orang, mengemut-ngemut macam ulat. Eii terbantut terus. So cancel. Tukar fikiran dan kaki ni terus melencong ke The Curve.  

Di Ikea, huhu...

Memandangkan dah tengah hari, maka perut pun berkeroncong. Pusing-pusing dengan budak dua orang tu nak cari tempat makan. Ayil sibuk nak cuba dekat Rasa Thai tapi si Nucil tak habis-habis dengan Mc'D. Esok-esoklah kita makan Mc'D ye.





Sementara menunggu makanan sampai, aku pun memulakan sesi mengambil gambar macam pelancong yang berada di negara Thailand. Sawadikap, kap kun kap...
Cantiknya bunga orkid tu


Nampak tak gambar gajah dekat belakang tu ?
Senyum sikit Nucil

Yea2 makanan dah sampai... Menu utama kita orang nasi goreng dekat bawah ni. Rasa dia memang sedap.  
Rasa Thai Fried Rice (RM10+)

Pencuci mulut pulak kita orang order pulut mangga. Mangga dia memang fresh tapi pulut dia agak kering sikit. Tapi dia punya rojak buah memang terbaik. Bila sekali ngap dalam mulut, fuhh... terasa kenikmatannya.
Pulut mangga (RM8+)

Rojak buah (RM8+)



 Seronoknye  makan. Punah-ranahlah impian dan azam tahun baru aku nak berdiet  

Licin

Perut dah kenyang baru ada tenaga nak berjalan-jalan. Pergilah tangkap beberapa barang dekat Daiso.

Ikan di dalam kolam macam menggamit-gamit untuk ke bawah. Suasana hijau cukup mendamaikan terasa seperti berada di tepi sungai di dalam hutan. Cewah...


Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi

Nikmati video di bawah



Dengarkan keindahan pancuran air melalui video di bawah.

Lepas dah tenang sikit baru pergi Ikano. Second round shopping.

Budak-budak ni terus melaram baju yang beli tadi. Memang murah betul. Cuba teka berapa hengget? 

Ayil seronok

Pelik aku dengan dia orang ni. Memanjang lapar. Nak puaskan hati Nucil, petang tu makan jugaklah Mc'D. Kalau tidak nanti mulut moncong merajuk.


Tengok, bahagia dia dapat cheese burger

Sambil makan dengar kehebatan Yang I-deun bermain piano. Rasanya dia dari Korea. Yang bestnye boleh request lagu. Maaf video tidak disertakan sebab fokus pada aktiviti membina badan.

Sekian saja laporan saya untuk hari ini. (Macam wartawan tak?).

p/s: malamnya kami jalan-jalan di taman KLCC. Entri akan datang.

No comments:

Post a Comment