Tuesday, 16 December 2014

Pasang Braces di UKM Murah

Sebenarnya sejak budak ni berumur lima tahun lagi dah dapatkan rawatan dekat sini. Perkhidmatan dan layanan memang memuaskan. Kalau budak sekolah, rawatan adalah percuma. Orang awam hanya bayar RM5 sahaja sekali rawatan. Tapi kalau kerja gomen bawak GL, percuma. 

Ayil sibuk nak pasang braces. Jadi nama dia pun dimasukkan dalam senarai menunggu. Nak tau berapa lama dia panggil? Lepas tiga tahun baru dia tanya berminat lagi ke nak buat braces.


Selepas dah setuju nak pasang braces, doktor akan minta buat acuan. Ayil kata acuan dia macam tepung. Doktor akan masuk dalam mulut. Lepas tu tunggu sampai keras.

Minggu berikutnya, doktor minta buat x-ray. Disebabkan x-ray dekat UKM ni rosak, doktor bagi surat refer minta buat dekat klinik luar. Klinik swasta akan caj paling minimum RM120. Aku ni jenis yang sayang duit (susah oo cari duit). Aku cuba panjat dekat Pusat Rawatan Harian, HKL depan UKM. Aku pun buat-buat ramah tanya dekat kaunter. Walaupun orang ramai, tak sampai sejam siap x-ray dan yang penting PERCUMA.

Ayil & Ayish

Ayil kena cabut 4 batang gigi. Dua di atas dan dua di bawah. Mula-mula cabut dua batang. Minggu berikutnya cabut lagi dua batang. Kalau kos cabut gigi dekat klinik swasta, satu gigi RM70 - RM80 x 4. Tetapi dekat UKM ni cabut empat batang PERCUMA.

Dr. Nurul Amira cabut dua batang gigi





Sebelum cabut lagi dua batang gigi, jumpa Dr. Noor Ayuni untuk pasang getah di antara gigi. Ini untuk memastikan ada ruang di antara gigi untuk pasang besi penyokong supaya gigi ditarik ke belakang.

Dr. Noor Ayuni. Dept. of Orthodontics. Ini dentist yang pasang braces Ayil.

 


Setiap minggu kalau cuti sekolah Ayish akan teman Ayil. Kalau bosan dia pergi main.



Dr. Han Cheng cabut lagi dua batang gigi



Selepas dah selesai cabut gigi, dua hari berikutnya datang lagi ke klinik untuk pasang braces. Hanya bayar RM210 sahaja untuk harga braces.

Thank you doctor

Kalau buat perbandingan kos pasang braces dekat UKM sangat murah dibandingkan dengan klinik swasta. Hanya bayar kos braces RM210 sahaja. Kalau tak percaya, cuba google.

Klinik UKM:
X-Ray : Percuma
Cabut 4 batang gigi : Percuma
Total : RM 0

Braces : RM210 (tunai)

Grand Total: RM210 sahaja

VS
Klinik swasta:
X-Ray : RM120
Cabut 4 batang gigi : RM280
Total : RM400

Braces : RM6300
 Deposit : RM1800
Monthly : RM200

Grand Total : RM400 + RM6300 = RM6700

No comments:

Post a Comment