Wednesday, 10 December 2014

Kursus di Port Dickson

Masa pegawai kualiti offer "siapa nak pergi kursus?" ramai pulak yang menikus. Kepala tunduk macam kura-kura. Kalau boleh nak menyorok bawah meja. Tapi memandangkan kursus tahun ni belum capai sasaran tujuh hari, maka pergilah kami ke Tanjung Tuan Beach Resort @ Regency Hotel.

Hari Pertama

Pergi sana naik kereta Kay. Carpool empat orangSampai dalam pukul 2.00 petang. Rehat sejam, pukul 3.00 petang terus ada kelas. Penatnya...


Tapi yang bestnya sehari makan sampai enam kali. Kalau ambik tu tak beragak. Tau-tau balik timbang dah naik 2 kg. Ambik kau.

Rebut bilik

Kak Piah & Nita

Bersama kengkawan

Syok jugak sesekali dapat keluar berkursus sambil menghirup udara segar. Kebanyakan gambar pemandangan adalah dari balkoni apartment tingkat enam. Cantik kan? Masa snap gambar tiba-tiba pulak terfikir pasal tsunami. Macam mana agaknya kalau tiba-tiba tsunami datang. Eeee.. kecut perut.



Bila sampai sini terkenang dekat arwah mak. Tahun 2010 pernah datang sini dengan anak-anak dan adik beradik. Seronok betul... rindu pulak masa tu

Katil yang bakal dilanyak

Bilik kak piah & nita



Meh sini belanja satu video


Pemandangan senja

Dengan kengkawan serumah


Hari Kedua

Pukul 6.00 pagi ada solat berjemaah & kuliah subuh.


Hari ni buat perbincangan kumpulan. Terkial-kial nak memikir. Otak pun dah karat. Almaklumlah, peserta kursus bukan calang-calang orang. Ramai yang otai-otai. Ada datin, ada doktor, ada pengetua cemerlang.
yang senget-benget tu tulisan akulah


Kay dengan tuan punya blog

Penceramah & fasilitator

Masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Letih tu memanglah letih. Tapi semangat membara dengar setiap penceramah.




Antara penceramah yang hadir. Sila lawat blog beliau di  Karim's Blog
'Pakcik' ni pernah datang office


Hari Ketiga

Taklimat lagi

Sebelum balik kita snap gambar dulu.




No comments:

Post a Comment