Wednesday, 31 December 2014

Snowflakes - Selayang Mall Cantik Tapi...

Minggu lepas waktu lunch time macam biasa pening nak cari tempat nak makan. Roger-rogerlah Nita dengan kak Hajar. Rupanya dia orang dekat Snowflake. Nampak kedai macam menarik. Jom masuk...



Nampak tak suasana kedai dia, walaupun kecik tapi cantik. Terasa macam dalam dunia kartun. 

Tepi dinding depan cashier ada patung Hello Kitty & the gang. Macam comel jer...

Sementara tunggu makanan sampai, ambik gambar lagi.
Lukisan besar di dinding



Kak Hajar & Nita membebel-bebel tak puas hati. Nasi goreng dia orang masin gila. Aku mulanya tak percaya, tapi bila rasa sesudu nasi goreng tu, masyaAllah... boleh naik darah tinggi macam ni. Nasib baik aku punya okey je. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Bolehlah...


Grilled Lamb Chop


Sshhh... korang jangan bagitau orang, kak Hajar kata menyesal datang.
Thumb down

Masa bayar minah2 tu complain dekat cashier. Kita ni harap kalau bagitau bolehlah dia terima untuk nak baiki lagi mutu dan kualiti masakan dia. Tapi mati-mati dia tak mengaku. Katanya 'kami masak tak pakai garam kasar, guna garam halus je'. Suka hati engkaulah dik, Kesian owner kedai ni. Sayang betul kedai cantik tapi rasa hampeh !!! Di sini menyesal...

Hazama - Malaikat

Mula-mula dengar ingatkan lagu happy, tapi bila dengar lirik kesiannya. Konsep sama macam lagu Maps, Maroon 5. Lagu happy, tapi lirik & muzik video sedih. Tapi apa pun tahniah dapat masuk Final Juara Lagu 2014.


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Monday, 29 December 2014

Chop N Steak - Kampung Baru, KL

Lepas kenduri pengantin baru berhajat nak belanja makan satu keluarga. Jadi kami lima kereta pun sampai dekat sana. Dah lama tak makan dekat 'Kapal' ramai-ramai. Nak tau sebab apa panggil kapal? Kalau masuk akan nampak kapal & motor klasik.
  

Bukan sahaja makanan yang sedap dekat sini. Konsep dia pun menarik. Rasa macam dekat atas jeti. Dalam kapal tu sebenarnya cashier dia.


Abangah berangan

Makan bersila dalam pondok pun boleh bagi yang tak nak duduk atas kerusi. Tapi kita orang ramai sangat. Tak sesuai, nanti roboh pulak. hahaha... Jadi kita orang pilih tempat yang boleh sumbat ramai-ramai dalam bilik yang beraircond.   



Makanan dekat sini memang banyak pilihan. Sampai rambang mata dibuatnya. Makanannya memang sedap dan harga pun boleh tahan.



Hah... ni dia. Kawasan ni kita orang yang punya. Bila bercakap suara semua macam petir. Budak-budak kecik berlari ke sana-sini. Nasib baik tak ada orang lain dalam bilik tu. Kalau tidak malu dol, bising...






Dua hero

Kesian Iysha demam

Makanan dia sampai tak serentak. Jadi siapa punya yang sampai dulu elok makan sebelum sejuk. Mana gambar di bawah yang tak de tajuk tu mintak maaflah ye. Tak ingatlah aku kalau dah penuh satu meja.


Hmm..makanan dah sampai. 'Siapa punya angkat tangan'. Bila dah ramai memang susuah nak kawal. Iwan dah jadi macam ketua kelas @ abang kawasan.

 


Sizzling Chicken





Ni pengantin gelojoh 


Steam je muka bang Brahim makan Moroco Chicken Rice

Ommelette



Chicken Chop



Tersandar lepas makan

Bagus... licin

Lepas kenyang budak-budak pergi jenguk kolam ikan menikmati pemandangan luar. 




Dah kenyang jom balik

Saturday, 27 December 2014

Liza & Rahmat Wedding

Persiapan


Selesai sudah Liza & Rahmat melangsungkan perkahwinan minggu lepas. Hui... penat rasanya dalam tempoh tiga minggu lepas. Ayik ke rumah arwah emak menguruskan apa-apa yang patut dari mengemas rumah sampailah ke gubahan. Maklumlah emak & abah dah tak ada. Kesian pulak biarkan dia urus sendiri. Jadi adik-beradik, ipar-duai & termasuklah pengantin lelaki pun sama-sama bekerja keras membantu adik perempuan bongsu ni.

Rajin anak-anak buah ni

Sumi, jiran sebelah pun datang tolong


Sesi keras tangan


Muka-muka yang rajin di dapur

Bahagian menggubah hantaran

Lepas penat bekerja ada sesi massage. Dah macam rumah urutlah pulak.


Majlis Bacaan Yasin

Orang jauh dari Kuantan

Orang jauh hujung jalan belakang

Orang kuat dari Keramat

Kawan-kawan arwah emak

Kusyuk membaca surah Yasin

Hari Nikah

Jeng... jeng... jeng... dah hari Jumaat. Sampai masa Liza @ Eja nikah malam ni.

Rombongan pengantin lelaki

Kak Nita nak enterprem jugak

Cik Rehan yang banyak membantu

Beautipul & Gojes

Sekali lafaz


Hantaran Untuk Perempuan

Dulang hantaran ni aku yang buat. Apa macam. Cantik tak? Kalau nak tempah boleh aje. Boleh kira harga murah. Eja kata kalau kedai tu ambik upah untuk workmanship satu dulang dalam RM200. Baik tempah dengan aku. Pengantin belanja makan je sudah. Tapi bab gubah lemah sikit. Aku buat dengan Asmah. Sireh pulak Ina Samudra & Cik Rehan yang buat.

Bekas / dulang

Duit hantaran & bekas gelang

Set penjagaan muka

Beg tangan

Minyak wangi

Telekung

Kasut

Sireh gubahan Cik Rehan

Hantaran Untuk Lelaki

Sebenarnya Eja ambik pekej kahwin ni siap semua sekali untuk katering, pelamin, sekali dengan hantaran untuk lelaki. Tapi bila sampai tak berapa puas hati. Jadi kena bega. Terpaksa tukar bekas dulang untuk naikkan seri sikit.

Al-Quran

Cincin

Kaca mata

Set penjagaan muka

Dompet & tali pinggang

Kasut

Sireh gubahan Ina


Hari Sanding

Ahad hari sanding. Ada beberapa gambar yang sempat dipetik untuk kenangan.




Cup cake & Candy booth


Autograph

Sempat lagi

Elok-elok pengantin. Rabak kain tu kang

Pengantin siap naik Spider. Alolo comel budak-budak ni. Anak siapa lah tu...



Kompang ni bersemangat betul. Seronok dengar diaorang main
  
Kumpulan Gendang Silat Berirama Warisan Melayu  (Cherry) Gombak

Hari Bahagia

Ayahanda & Bonda pengantin lelaki











Blogger & En Suami

Apa? 'Still Single' ada yang nak kena ni


Gambar keluarga