Minggu lepas waktu lunch time macam biasa pening nak cari tempat nak makan. Roger-rogerlah Nita dengan kak Hajar. Rupanya dia orang dekat Snowflake. Nampak kedai macam menarik. Jom masuk...
Nampak tak suasana kedai dia, walaupun kecik tapi cantik. Terasa macam dalam dunia kartun.
Tepi dinding depan cashier ada patung Hello Kitty & the gang. Macam comel jer...
Sementara tunggu makanan sampai, ambik gambar lagi.
Lukisan besar di dinding |
Kak Hajar & Nita membebel-bebel tak puas hati. Nasi goreng dia orang masin gila. Aku mulanya tak percaya, tapi bila rasa sesudu nasi goreng tu, masyaAllah... boleh naik darah tinggi macam ni. Nasib baik aku punya okey je. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Bolehlah...
Grilled Lamb Chop |
Sshhh... korang jangan bagitau orang, kak Hajar kata menyesal datang.
Thumb down |
Masa bayar minah2 tu complain dekat cashier. Kita ni harap kalau bagitau bolehlah dia terima untuk nak baiki lagi mutu dan kualiti masakan dia. Tapi mati-mati dia tak mengaku. Katanya 'kami masak tak pakai garam kasar, guna garam halus je'. Suka hati engkaulah dik, Kesian owner kedai ni. Sayang betul kedai cantik tapi rasa hampeh !!! Di sini menyesal...