Friday, 26 December 2014

Little Wok Kitchen - KL Festival City

Ni kes lambat update lagi. Sebenarnya nak cari barang untuk hantaran yang belum cukup dekat Kaison. Farouk baru dapat bonus pun shoping sama sementara tunggu budak-budak habis kelas piano. Lepas tu terus pergi serbu Little Wok Kitchen dengan Asmah, Farouk, Eja & Boy. 



Macam-macam ada


Eh..eh.. Asmah macam tut... la

Leka dengan gadget masing2


Jom wefie


Boleh tahan ramai

Macam biasa gambar beserta harga diletakkan sekali sebagai panduan jika nak datang ke sini nanti. Harga belum termasuk cukai perkhidmatan.

Little Wok Fried Rice (RM8.90)

Eja ni suka sangat order Ying Yong
Cantonese Ying Yong (RM8.90)

Sweet & Sour Fish Rice (RM8.90)

Aku dan boy order menu yang sama. Nasi ni makan dengan kuah sup. Rasanya boleh tahan. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Biasa-biasa aje. Agaknya sebab tak pedas kot. Aku pun apa lagi mintaklah cili potong dengan kicap. Baru boleh jalan.
Single set meal + free drink (RM13.90)

Sizzling Chicken Chop Set (RM18.90)


Bakal pengantin baru


Licin macam rambut orang yang belanja. Haha jangan marah

Thursday, 25 December 2014

Restoran Hj Sharin Low - Taman Seri Gombak

Hari tu pergi makan dekat Restoran Cina Muslim dekat Taman Seri Gombak dengan Asmah & family. Kali ni Farouk belanja. Mekasih Farouk. Ni kes lambat update. Yelah sibuk dengan persiapan kahwin Eja. Balik dari rumah arwah mak pukul 1 -2 pagi. Mata dah tak lalu nak mengadap lappy. Sebelum pergi tolong basuh rumah baru Deli, kita isi minyak dulu. 


Kalau tengok sekali imbas mesti ada yang takut nak masuk. Siap ada tanglong tergantung. Yelah ingatkan tak halal. Tapi ni masakan cina muslim tau. Jom, jom... Halalan toyyiban...


Seronoknya. Kenapa tu nucil?

Budak bergigi besi. 

Asmah & Ayish

Dekat bawah ni aku letakkan sekali gambar dan harga makanan. Bukannya apa, manalah tau korang nak pergi nanti. Bolehlah jadikan panduan. Jumlah semuanya RM184. Memang puas hati makan dekat sini. Sedap...
Nasi Putih (RM1.70)

Sotong Goreng Tepung (RM18)

Tomyam dia terbaik
Tom Yum Sup (RM16)

Udang butter ni awesome. Serious sedap. Butter dia ringan dan lembut. Lagipun tak berminyak sangat. 
Udang Butter (RM28)

Baby Kailan Ikan Masin (RM10)

Ayam Goreng Nestum (RM20)

Ikan Tiga Rasa Ala Thai (RM65)

Ayish baca doa

Farouki al gagak hitam

Baby kailan tu aku yang bedal sampai habis.
Semua licin kecuali sotong

Tuesday, 16 December 2014

Pasang Braces di UKM Murah

Sebenarnya sejak budak ni berumur lima tahun lagi dah dapatkan rawatan dekat sini. Perkhidmatan dan layanan memang memuaskan. Kalau budak sekolah, rawatan adalah percuma. Orang awam hanya bayar RM5 sahaja sekali rawatan. Tapi kalau kerja gomen bawak GL, percuma. 

Ayil sibuk nak pasang braces. Jadi nama dia pun dimasukkan dalam senarai menunggu. Nak tau berapa lama dia panggil? Lepas tiga tahun baru dia tanya berminat lagi ke nak buat braces.


Selepas dah setuju nak pasang braces, doktor akan minta buat acuan. Ayil kata acuan dia macam tepung. Doktor akan masuk dalam mulut. Lepas tu tunggu sampai keras.

Minggu berikutnya, doktor minta buat x-ray. Disebabkan x-ray dekat UKM ni rosak, doktor bagi surat refer minta buat dekat klinik luar. Klinik swasta akan caj paling minimum RM120. Aku ni jenis yang sayang duit (susah oo cari duit). Aku cuba panjat dekat Pusat Rawatan Harian, HKL depan UKM. Aku pun buat-buat ramah tanya dekat kaunter. Walaupun orang ramai, tak sampai sejam siap x-ray dan yang penting PERCUMA.

Ayil & Ayish

Ayil kena cabut 4 batang gigi. Dua di atas dan dua di bawah. Mula-mula cabut dua batang. Minggu berikutnya cabut lagi dua batang. Kalau kos cabut gigi dekat klinik swasta, satu gigi RM70 - RM80 x 4. Tetapi dekat UKM ni cabut empat batang PERCUMA.

Dr. Nurul Amira cabut dua batang gigi





Sebelum cabut lagi dua batang gigi, jumpa Dr. Noor Ayuni untuk pasang getah di antara gigi. Ini untuk memastikan ada ruang di antara gigi untuk pasang besi penyokong supaya gigi ditarik ke belakang.

Dr. Noor Ayuni. Dept. of Orthodontics. Ini dentist yang pasang braces Ayil.

 


Setiap minggu kalau cuti sekolah Ayish akan teman Ayil. Kalau bosan dia pergi main.



Dr. Han Cheng cabut lagi dua batang gigi



Selepas dah selesai cabut gigi, dua hari berikutnya datang lagi ke klinik untuk pasang braces. Hanya bayar RM210 sahaja untuk harga braces.

Thank you doctor

Kalau buat perbandingan kos pasang braces dekat UKM sangat murah dibandingkan dengan klinik swasta. Hanya bayar kos braces RM210 sahaja. Kalau tak percaya, cuba google.

Klinik UKM:
X-Ray : Percuma
Cabut 4 batang gigi : Percuma
Total : RM 0

Braces : RM210 (tunai)

Grand Total: RM210 sahaja

VS
Klinik swasta:
X-Ray : RM120
Cabut 4 batang gigi : RM280
Total : RM400

Braces : RM6300
 Deposit : RM1800
Monthly : RM200

Grand Total : RM400 + RM6300 = RM6700