Friday, 20 November 2015

5s EKSA

"Kemas cepat ada orang nak datang buat penilaian EKSA". Bayangkan dimaklumkan petang Khamis, hari Isnin dah nak datang menilai. Mula-mula ingatkan apa ke bendanya EKSA ni. Mak Esah ke? Rupanya Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA ni lebih kurang sama dengan 5S tapi dijenamakan semula oleh MAMPU.

Masa proses mengemas dan gotong-royong, bos nasihatkan kami supaya mulakan mengemas di ruang kerja sendiri. Aku dan kawan-kawan ambil masa dalam sehari suntuk untuk bersihkan dekat ruang kerja sendiri dan kawasan sekitar. Al maklumlah kerja sini dah sedekad, macam-macam barang ada. Nota-nota, buku-buku rujukan lama. Itu belum kira barang peribadi lagi. 


Ruang Sekitar Berdekatan

Sebelum kemas, kusmangat. Kiranya dekat belakang aku ni tempat bina badan. Barang makan jangan cakaplah, berbalang-balang. Dah macam kedai runcit. Banyak yang nak dikemas ni. Benda-benda yang tak perlu tu buang je. Mana yang boleh dikitar semula, lagi baik.

Sebelum


Barang peribadi di bawa balik ke rumah masing-masing. Kan dah terang sikit.

Selepas


Ruang Kerja

Sebelum kemas, ruang kerja aku ni memang berserabut dengan macam-macam barang yang tak sepatutnya. Air nescafe bungkus main gantung je dekat tengah almari tu. Konon senang, pusing kerusi boleh terus sedut. Kalau tak perasan, boleh tertumpah mandi air nescafe.

Sebelum

Selepas dah kemas ruang kerja sendiri, seronoknya. Nak cari barang pun senang. Sebaik-baiknya atas meja kerja jangan ada lebih dari lima barang supaya tak sesak nak buat kerja. Lima minit sebelum balik, amalkan buat housekeeping dekat tempat sendiri dulu.

Selepas

Friday, 6 November 2015

Pak Uda Kitchen & Grill

Pak Uda Kitchen & Grill ni dekat kawasan rumah arwah mak aku je pun tempatnya. Ingat waktu masa muda-muda dulu selalu jogging area situ. Kawasan terbengkalai. Dulu semak-samun, lalang tinggi. Kalau kena nasib tak baik, ada orang tunjuk anu. Adik aku Asmah pernah cerita, zaman dia naik bas pergi kerja, ada orang tujuk anu bila lalu kawasan situ. Lintang pukang lari. Ishh... apa cerita pasal anu pulak ni.

Sekarang dah pesat membangun. Setiap kali lalu tempat ni memang penuh. Dengar cerita Pak Uda Kitchen & Grill ni pernah masuk program Jalan-Jalan Cari Makan awal tahun hari tu. Apa...? ingat kalau dah masuk program tu boleh percaya ke semua makanan yang dia orang makan tu sedap. Entah-entah dia orang tu auta. Berlakon je lebih. Bila makanan masuk mulut dan-dan mata terbeliak, sedap katanya. Takpe-takpe meh kita cuba.


Cuba tengok menu dia, semua nama artis mat saleh. Kalau siapa yang teringin makan western food, memang sesuai datang sini. Ada steak, lamb chop, chicken chop, spaghetti & macam-macam lagi. Harga dia boleh la tahan.


Ni geng orang muda. Ketua dia yang rambut blonde tu

Ni geng acik-acik kerajaan

Sedap budak Amanda landing

Dekorasi dalam kedai ni boleh tahan unik. Yang paling unik, pintu dapur dia. Glamour, macam artis diva nak pergi red carpet.



Sempat snap 2-3 gambar sebelum makan. Ha ni dia aku punya 'Bon Jovi Salmon Fish'. Konon nak diet, tak nak makan nasi. Dah macam meow-meow. Hmmm... boleh tahan sedapnya. Sempat cilok Nucil punya spaghetti, pun sedap.


Yuhuu... dah sampai

Nucil punya

Tak tau siapa punya

Nampak tu. Sebab hujan je dekat luar tu. Kalau tidak penuh dari luar sampai ke dalam. Okey. Dah habis makan jom balik.


Kalau ada sesiapa yang teringin, boleh singgah ke:

PAK UADA KITCHEN & GRILL
No. 13-G, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

Masa Perniagaan: 5.00 pm - 12.00 am