Sewaktu Nucil masuk salah satu program mencari bakat nyanyian tv, pernah salah seorang juri beri komen: "Sedap, sedap... Awak nyanyi sedap." Selepas peserta lain pulak selesai membuat persembahan, beliau komen: "Sedap... Awak nyanyi pun sedap." Cuba bayangkan, juri tersebut berpengalaman dalam industri muzik.
Sampaikan Ayil cakap, "Umi, kalau setakap cakap sedap, Ayil pun boleh jadi juri." Masa tu umur Ayil 13 tahun. Itu cerita lima tahun dulu.
Program Bijak Prasekolah Daerah Gombak
Pada 04 September 2015 di Pentas Selayang Mall, aku berpeluang duduk di kerusi juri bersama Masliza Abas, bukan gantikan Che Ta yang tarik diri dalam AF 2015 tu tau. Tapi juri bagi Program Bijak Prasekolah bagi Kemahiran Nyanyian Solo dan Kemahiran Muzik Perkusi dan Formasi.
Peserta nyanyian solo |
Peserta nyanyian solo ada 22 orang dan peserta Muzik Perkusi dan Formasi ada 6 kumpulan. Ramai betul peserta yang berbakat. Rata-rata, adik-adik ni memang boleh menyanyi. Ramai yang berbakat. Pening jugak nak pilih. Dalam aspek sebutan, ada yang jelas dan ada juga yang pelat. Ada yang nyanyi tak ikut nada dan intonasi yang betul. Tempo ada yang bagus ada yang lari. Menyanyi macam membaca buku pun ada. Tapi budak pra sekolah, itu pun dah kira bagus la tu. Naik atas pentas nyanyi habis satu lagu pun dah okey. Nanti boleh belajar lagi.
Peserta nyanyian solo |
Peserta nyanyian solo |
Gambar dari Masliza facebook tag |
Peserta reka cipta |
Hasil penyertaan reka cipta |
Juara kemahiran muzik perkusi dan formasi dari Prasekolah SK Taman Desa (2) |
Juara nyanyian solo dari Prasekolah SK Sungai Buloh |
Pemenang reka cipta |