Tuesday, 11 March 2014

#PRAYFORMH370


Ya Allah Ya Tuhan kami
Engkau Maha Besar lagi Maha Berkuasa
Sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi ini milik Mu
Setiap yang berlaku dalam pengetahuan Mu, keizinan Mu, dan ketentuan Mu
Kami mohon kasih sayang Mu

Berikanlah petunjuk kepada kami
Andai di langit turunkanlah
Andai di laut timbulkanlah
Andai di darat zahirkanlah
Hanya kepada Mu kami berserah
dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan
Amin ya robbal alamin

Friday, 7 March 2014

Bye CipCip

Kesian. Hari Isnin minggu ini arnab bulu pendek mati. Walaupun aku geli dengan bulu dia, (rasa macam bulu tikus) tapi comel. Tinggallah lagi tiga ekor. Gambar ni sempat simpan dalam instagram 5-6 bulan dulu.


makan lobak dengan rakus

Monday, 3 March 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Semalam dalam pukul 1.30tgh hari, kami sekeluarga pergi mengintai ke Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang sedang berlangsung mulai 26 Februari 2014 hingga 10 Mac 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Walaupun cuaca panas terik, tapi tempat jualan dan pameran semuanya selesa dan ada air-cond.

Pelbagai hasil kraftangan yang dipamerkan, ada sumber semula jadi seperti produk berasaskan mengkuang, makanan traditional, tekstil dan persembahan traditional. 


ruang berjalan sejuk dan selesa

tokey batik

pelancong pun ramai


Sambil jalan-jalan dapat juga tambah ilmu. Tv pendidikan yang disediakan menerangkan bagaimana sisa kumbahan batik dilaksanakan. Proses buat batik memerlukan air yang banyak. Jadi masalahnya di mana mereka hendak salurkan sisa kumbahan memproses batik yang mengandungi bahan pewarna dan kimia berbahaya?

Sebelum:
Sebelum perlaksanaan projek ini, sisa kumbahan batik disalurkan terus ke dalam sistem saliran tanpa melalui proses rawatan terlebih dahulu menyebabkan kawasan persekitaran tercemar dengan bahan buangan batik yang terdiri dari bahan pewarnaan, lilin dan natrium silikat. 

Selepas:
Melalui inovasi yang dijalankan, sisa kumbahan batik akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran. Secara amnya, proses rawatan air kumbahan batik melibatkan proses penapisan lilin, kawalan pH, pengudaraan dan penyingkiran warna. Melalui proses ini bahan tercemar yang terdapat dalam air kumbahan batik akan disingkirkan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran. 

proses kumbahan air batik, sebelum dan selepas

Antara hasil lukisan yang menarik







Barangan kraf
tempayan yang dilukis

kraf dari kaca

bantal dari batik
beg mengkuang

menarik blazer batik ni

kayu ukiran daun

pintu kayu rumah kampung

pintu gerbang kayu

pembahagi ruang


Berehat setelah penat berjalan


nucil dengan aiskrimnya



air penghilang dahaga

penuh satu kerusi ayil duduk

tuan punya blog & nucil

Pertandingan Bakat
Ayil pernah jadi naib juara Pertandingan Bakat HKK 2011. Dia di antara peserta termuda, 13 tahun. Masa tu tiada had umur penyertaan.
Ana Rafali, artis jemputan



tetiba pulak hubby nak masuk nyanyi... kita layan je.