"Biar berapa kali dia datang dan pergi, kasihku tetap kepadamu..."
Novel ni mengisahkan tentang dua orang adik-beradik lelaki kembar seiras yang berlainan watak. Pantang jumpa mesti nak bergaduh. Nuqman (abang) selalu beralah dengan Luqman (adik). Dari kecik, Luqman memang suka rampas hak Nuqman.
Dipendekkan cerita, Nuqman berkenan dengan Mya Zara dan bercadang untuk bernikah. Sampai hari pernikahan, Nuqman menghilangkan diri. Jadi terpaksalah adik dia, Luqman yang menggantikan tempat. Disebabkan rupa yang sama, Mya Zara tak perasan pada mulanya, tapi kantoi la pulak. Kalau nak tahu kisah yang seterusnya, kenalah baca novel ni...
Diterbitkan oleh Karya Seni. Kahwin Ganti merupakan novel sulung Aifa Batrisya ilham dari pemerhatian terhadap sahabat kembarnya sewaktu universiti. Dia ni budak sains, tapi minat bidang penulisan. Hahh nampak tak? Kalau dah minat apa pun boleh jadi.
No comments:
Post a Comment