Monday, 16 December 2013

Rezeki Novembër

Rezeki bukan semestinya datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi pelbagai. Percubaan pertama yang membuahkan hasil. Orang kata kalau tak cuba kita tak tahu. Setelah puas dipujuk oleh big bos, kawan-kawan & especially anak-anak... Inilah hasilnya.


Seperkara lagi... setelah lima tahun, segala usaha dan penat lelah dalam mengharungi lautan ilmu selama ini berbalas.





with my BFF

Friday, 25 October 2013

Miss You Dance Moms

Selalunya Rabu adalah hari yang ditunggu-tunggu. Tepat pukul 9.00 mlm, duduk depan tv tunggu Dance Moms di Lifetime 709. Dance Moms ni dah aku ikuti sejak dari siri pertama lagi. Suka tengok budak-budak tu menari, hebat gila. Bila tanya dekat kawan-kawan office, sorang pun tak pernah tengok. Jadi tak boleh la kongsi cerita. Drama Melayu yang meleleh-leleh air mata tu adalah dia orang layan. Tapi sayang... minggu ni Dance Moms dah sampai ke minggu akhir. Tak de lagi suara kepit Abby Lee Miller.


Dance Moms ni merupakan kisah pertandingan menari kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun. Abby Lee Miller adalah pemilik dan guru tari Aby Lee Dance Company. Mereka menjelajah serata tempat untuk bertanding menari setiap minggu untuk merebut gelaran kebangsaan. Tiap-tiap minggu Abby menggunakan piramid untuk menunjukkan penari mana yang bagus. Tingkah laku ibu-ibu juga selalu memberi kesan kepada piramid. Masa ni yang seronok tengok. Ibu-ibu tu bergaduh, terjerit terpekik dan hentam-menghentam depan-depan. Cuba bayangkan kalau format Dance Moms ni buat di Malaysia. Contohnya dalam rancangan Idola Kecil ke, Ceria Popstar ke, Ceria Superstar ke? Ada berani...?


Piramid

Monday, 7 October 2013

Kahwin Ganti

Novel ni Nucil pinjam dengan kawan dia. Banyak kali Nucil suruh baca. Boleh la dipulangkan cepat. Tebal 527 ms. Dah sebulan tak usik. Tapi bila dah mula baca, liat nak berhenti. Leka macam makan kuaci.


"Biar berapa kali dia datang dan pergi, kasihku tetap kepadamu..." 

Novel ni mengisahkan tentang dua orang adik-beradik lelaki kembar seiras yang berlainan watak. Pantang jumpa mesti nak bergaduh. Nuqman (abang) selalu beralah dengan Luqman (adik). Dari kecik, Luqman memang suka rampas hak Nuqman.

Dipendekkan cerita, Nuqman berkenan dengan Mya Zara dan bercadang untuk bernikah. Sampai hari pernikahan, Nuqman menghilangkan diri. Jadi terpaksalah adik dia, Luqman yang menggantikan tempat. Disebabkan rupa yang sama, Mya Zara tak perasan pada mulanya, tapi kantoi la pulak. Kalau nak tahu kisah yang seterusnya, kenalah baca novel ni...

Diterbitkan oleh Karya Seni. Kahwin Ganti merupakan novel sulung Aifa Batrisya ilham dari pemerhatian terhadap sahabat kembarnya sewaktu universiti. Dia ni budak sains, tapi minat bidang penulisan. Hahh nampak tak? Kalau dah minat apa pun boleh jadi.

Tuesday, 1 October 2013

Penglipur lara, Hazama Muzik Video

Semalam budak-budak berpeluang buat muzik video dengan Hazama. Ini pengalaman pertama. Bila tengok muzik video yang lain memang simple dan seronok, tapi nak buat memang makan masa. Satu babak makan sampai setengah jam pun ada. Kena ulang-ulang. Tapi bila keluar muka tak sampai 30 saat. Hebatlah orang yang kerja dalam industri ni. Betul-betul kena sabar...



Direktor yang bertopi tu, Irwan





Penglipur Lara

Verse
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan
Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokkan
Kau berkasut, ku berselipar
Apa nak hairan
Sama di sisi Tuhan

Prechorus
Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal kena berakal

CHORUS
Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah nanti kena jual

Verse 2
Ikan Kekek mak ilui ilui
Ikan Gelama mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, adui
Apa nakk hairan
Janji cantik perangai

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan Baik lu diam je bai

Repeat prechorus & Chorus

Bridge
(Nang bo ti nang, hey! Koi bo ti koi, hey!)
Cerminlah diri, lihat ke dalam
(Nang bo ti nang, hey! Koi bo ti koi, hey!)
Betulkan diri, lupa semalam
(Nang bo ti nang, hey! Koi bo ti koi, hey!)
Cerminlah diri, lihat ke dalam
(Nang bo ti nang, hey! Koi bo ti koi, hey!)
Betulkan diri, lupa semalam
Semalam yang hilang

Lirik: Zel Hadauan (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)
Lagu: Omar K. & Mike Chan (OP: Replay Music/ SP: Warner Chappell Malaysia)

Friday, 6 September 2013

Yang Mana Satu?

Kata-kata Profesor Ungku Aziz



Ada macam-macam kategori bagi golongan yang melakukan pekerjaan. Aku pulak kerja ikut mood. Ikhlas mengaku, kadang-kadang no. 1 (bagus sekali), kadang-kadang no. 7 (baik mati) pun ada.


Wednesday, 4 September 2013

Pra Merdeka Raya

Sambutan Merdeka tahun ni paling meriah. Setiap unit berlawan-lawan hias tempat masing-masing untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan. Masa inilah nak tunjuk kreativiti menghias. Selain itu, ada permainan Merdeka Fashionista, reka baju bertemakan merdeka guna kertas warna. Kaum wanita memang menawan, Insyaallah. Kaum lelaki, bila tengokkan baju yang dah siap, Masyaallah. Tergelak besar tengok gelagat kawan-kawan.































Sunday, 28 July 2013

Simple Baju for Hari Raya

Pening nak pilih baju raya untuk budak-budak tahun ni. Nak hantar jahit dah tak sempat. Sudahnya, cuti hari Nuzul Al-Quran pergi jalan TAR. Walaupun sesak dengan berbagai ragam orang, tapi puas hati dapat cari baju kurung kain cotton idaman.




Friday, 26 July 2013

Kalah Lagi

Booo, Flower Queen kalah!!! Itu yang budak-budak kuarters jerit masa balik dari berbuka puasa. Heee... anak siapalah tu? Memang sakit hati. Rasa macam nak pelempang muka sorang-sorang. Tiga bintang yang dia orang dapat setiap minggu tak bermakna apa-apa. Tapi apa boleh buat, bukan rezeki.

Aku tak salahkan anak-anak. Dia orang dah cuba buat yang terbaik setiap minggu. Ayil memang kerja keras, setiap minggu tak pernah menghampakan. Nucil... pada awal main-main sikit (angau agaknya), tapi lepas tu okey. Satu masalah besar...asyik tak ade suara.  Masa ik4, taklah teruk macam tu. Agaknya ada yang tak kena dengan peti suara dia. Nak bawak jumpa doktor, dia tak sakit. Tapi lepas ni mesti kena bawak jugak.


Hazama memang cikgu yang terbaik buat Flower Queen. Dia orang selalu cerita, Hazama lebih utamakan vokal dan penghayatan dari gaya. Aku pun rasa macam tu, gaya akan datang dengan sendirinya. Budak-budak bagitau, sebelum mula latihan, Hazama akan membebel (cuci otak bagi self confident) lebih kurang setengah jam. Hah, ambik kau...