Ni kes lambat update lagi. Sebenarnya nak cari barang untuk hantaran yang belum cukup dekat Kaison. Farouk baru dapat bonus pun shoping sama sementara tunggu budak-budak habis kelas piano. Lepas tu terus pergi serbu Little Wok Kitchen dengan Asmah, Farouk, Eja & Boy.
 |
Macam-macam ada |
 |
Eh..eh.. Asmah macam tut... la |
 |
Leka dengan gadget masing2 |
 |
Jom wefie |
 |
Boleh tahan ramai |
Macam biasa gambar beserta harga diletakkan sekali sebagai panduan jika nak datang ke sini nanti. Harga belum termasuk cukai perkhidmatan.
 |
Little Wok Fried Rice (RM8.90) |
Eja ni suka sangat order Ying Yong
 |
Cantonese Ying Yong (RM8.90) |
 |
Sweet & Sour Fish Rice (RM8.90) |
Aku dan boy order menu yang sama. Nasi ni makan dengan kuah sup. Rasanya boleh tahan. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Biasa-biasa aje. Agaknya sebab tak pedas kot. Aku pun apa lagi mintaklah cili potong dengan kicap. Baru boleh jalan.
 |
Single set meal + free drink (RM13.90) |
 |
Sizzling Chicken Chop Set (RM18.90) |
 |
Bakal pengantin baru |
 |
Licin macam rambut orang yang belanja. Haha jangan marah |
No comments:
Post a Comment