Friday, 7 November 2014

Mira & Jai Engaged

Hari Tunang

Lepas sehari adik Kyra nikah, Myra pula tunang. Wow...berseri-seri you.




Cup Cake Booth

Cup cake  & deko tu dibuat oleh kawan Mira. Sedap tau.
Bunga yang boleh dimakan
 

Red velvet tu sedap tau

Hantaran DIY Simple Untuk Lelaki

Oleh kerana bab masak-memasak ni kurang terer, jadi aku dan Asmah buat hantaran untuk Mira tunang. Caranya mudah saja. Mula-mula pilih warna tema. Cara yang seterusnya sama macam entri Kyra & Afiq Wedding sebelum ini. 

Gabus untuk lapik dulang di balut dengan kain cotton

Coklat
Tuala
Potpourri
Kek
Kain dalam bekas anyaman
Buah dalam sangkar
Sireh gubahan Ina

Hantaran DIY Simple Untuk Mira

Keluarga lelaki jauh dari Pahang. Untuk tidak menyusahkan, hantaran untuk Mira pun kami juga yang buat. Stylenya lebih kurang sama. Cuma yang bezanya kain kotak dan kain jalur. 

Kain untuk Mira
Coklat
Potpourri
Kek & coklat
Bekas cincin
Sireh
Bekas buah

Gambar tuala tak dapat nak post. Sudah terdelete.

Kyra & Afiq Wedding

Hari Sebelum Nikah

Malam berinai. Inai pokok tuu... penat tumbuk.
Milik siapakah tangan ini? hitam, putih, gemuk, panjang

Hari Nikah

Cepat betul masa berlalu. Tup tap, tup tap anak buah aku... adik Kyra dah jadi isteri orang. Selamat Pengantin Baru.

Mengancam

Eda & the gang
Iklan sikit. Kumpulan Gendang Silat Berirama Warisan Melayu (Cherry) Gombak. Untuk sebarang tempahan sila hubungi Shaharul Rizal bin Ishak 013-2813959.

Hari Sanding




Fuhh. Budak-budak ni berkungfu

Joget lambak dengan Cherry Gombak

Hantaran DIY Simple

Ini kali kedua buat hantaran dengan Asmah. Senang aje nak buat hantaran macam dekat bawah ni. Ikut suka hati nak warna apa. Adik Kyra pilih tema hijau dan kelabu. Dulang pinjam je dekat orang, jimat. Beli gabus dan kain cotton. Balutkan gabus degan kain cotton, sematkan dengan jarum peniti.

Ambik bunga sejambak, lekatkan di penjuru guna jarum peniti. Tapi kalu nak tambah bunga kecil di tepi-tepi lagi cantik. Hari tu nak tambah Asmah tak setuju, serabut. Simple-simple sudah katanya.

Susun hantaran dekat tengah-tengah. Guna gam pistol untuk lekatkan bakul dekat atas dulang. Tapi kalau berat macam bakul buah, ikat bakul dekat bunga kerawang tepi dulang guna dawai halus. Susun hantaran. Siap...

Bakul buah (sebelum dan selepas)
Minyak wangi
Bunga ferrero rocher Ayil DIY sendiri
Bekas cincin
Jam
Bekas kek
Sireh

Thursday, 23 October 2014

Jombali

Lunch break kawan-kawan ajak cuba Jombali yang baru seminggu bukak dekat Selayang Mall. Perut dah kenyang. Pagi tadi dah makan nasi sepinggan. Tapi nak rasa, ikut ajelah... Ingatkan ala-ala ayam penyet. Rupanya western food pun ada.





Harga mampu milik.



Tersenyum riang menunggu. Gomen kan baru gaji


Nasi goreng daging silang

Badan kecik tak makan banyak. Dua orang ni memang suka kongsi makanan. Peliknya burger Mc'D kongsi dua pun tak boleh habis. Ish..ish..ish... Sempat cilok sesuap, sedap jugak.
Kembar lain emak, lain bapak. Yang sorang tu nampak rakus.

Kuew teow kantonis dengan udang

 Ayam hangit ini menjadi mangsa Masliza.
Mas, kau berhenti makan. Bagi aku snap gambar dulu

Order ni je. Garlic bread garing, boleh tahan sedap.
  
Burkkk... kenyang. Dah pukul 2.00. Moh cepat balik office.

* Syok snap gambar, gambar sendiri tak ada... humm

Wednesday, 8 October 2014

Pelakon Cinta & Mr. G

Fuhh... Bengkak mata tidur 3.00 pagi gara-gara baca novel ni. Tebalnya 717ms. Mulanya baca 2-3ms je berhenti. Pengenalan cerita macam tak berapa seronok. Nama dalam watak pun berbelit-belit macam perempuan berangan. Ambik masa tiga ke empat minggu nak mula balik. Tunggu mood ada.

Dia hot, ia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia...Mr. G?!

Bila dah baca seronok la pulak. Feeling habis sampai meleleh-leleh air mata. Siap berangan lagi nak dapat suami macam Syed Zakuan Zafran. Tapi saya sudah ada Syed Hussain. Hahaha...

Kagum betul dengan penulis muda ni. Lahir tahun 1992. Anabella atau nama sebenarnya Nabila binti A. Raub budak Kolej PTPL Shah Alam jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Lepas ni rasa nak cari lagi karya Anabella.